Tuesday, August 24, 2010

Rawatan Pergigian, Kota Damansara


Hari ni 15 Ramadhan. Rasa macam baru sekejap je berpuasa..tup2 dah setengah bulan. Teringat pulak waktu awal2 ramadhan kelmarin. Sakit gigi yang teruk sangat sampai kadang-kadang rasa macam sengal kat pipi.. Ingat nak tunggu sampai lepas raya baru pergi klinik gigi, tapi memandangkan sakit sangat sampai dah tak leh fokus buat kerja, terpaksa jugak la pergi klinik gigi. Mujur dekat-dekat rumah ada satu klinik gigi. Di Sekyen 6, Kota damansara, betul2 berhadapan dgn mcd n kfc. Nama klinik, Klinik Pergigian Rohaya. Ianya bukan la klinik bertaraf 5 bintang, tapi servis nyer alhamdulillah tip top.

Ni pertama kali ke klinik tu, jadi sampai2 tu kena lah register dulu. Rupanyer, klinik ni akan dahulukan orang yang ada appointment.. Tapi betul la kan, lets say patient ni buat appointment ngan doktor pukul 10pagi, tak kan la doktor nak layan walk-in patient dulu pulak time tu..so system dia tak sama macam pergi klinik biasa..which is first come, first serve..Sebabnyer, rawatan untuk seseorang tu mungkin sekejap atau mungkin jugak lama. Macam saya kedua2 rawatan kat klinik ni amik masa lebih kurang sejam setengah untuk satu sesi.

Doktor yang merawat saya ialah Doktor Rohaya..Pada saya, doktor yang baik ialah doktor yang selalu memberi penerangan dan nasihat kepada pesakit. Doktor Rohaya pun macam tu jugak..Rasenyer 2-3 kali jugak la dia amik sample gigi n explain..Ikutkan hati mula-mula nyer rasa macam nak cabut jer gigi ni. Tapi doktor rohaya nasihatkan untuk saya buat rawatan saluran akar kerana bila cabut gigi, banyak akan terjejas. Umpama nyer fungsi penghadaman untuk mengunyah dan satu lagi, bila gigi dicabut, selepas 5 tahun,gigi akan mula jarang. Jadi saya amik keputusan untk hanya membuat rawatan saluran akar walapun kos nyer mahal sikit (RM500)..Yang penting saya masih ade gigi..hehehe


Rawatan saluran akar akan ade 2 kali sesi rawatan. Alhamdulillah, untuk sesi rawatan pertama, lepas hilang ubat bius, memang takde rase sakit kecuali rase sengal2 yang boleh di tahan la..biasa la tu. Tapi doktor still kasi ubat tahan sakit in case sakit jugak..rawatan kedua tak guna bius n tak sakit lepas buat rawatan..cuma jenuh sikit nak kena nganga..tapi sbnrnyer doktor ade letak macam tool utk buat mulut ternganga..but still..hehehe..ye la, biasa mulut bukak kecik2 je.

Kat Klinik Rohaya ni ade macam2 jenis rawatan gigi..Yang paling biasa kita buat scalling dan charge nyer kat klinik ni cuma RM60..So sila lah ramai2 buat pembersihan gigi untuk mengelak kan mulut berbau..hehehe



13 comments:

  1. klinik pergigian rohaya memang tip top!

    ReplyDelete
  2. saya ada pegi situ tapi dr rohaya takda setiap hari. cuma dr muda2 kat situ ada yang kureng skit...

    baru buat tampalan malam dah sakit...rasanya tampalan tu tak sempurna

    tensen gak ngan budak2 muda ni. so kene pegi lagi just nak betulkan tampalan yang baru buat tu :(

    ReplyDelete
  3. Tahu x brp kos braces d klinik rohaya nie?

    ReplyDelete
  4. buat scalling bulan 5 2013, gigi dari elok jadi gigi sensitif. dr muda, perempuan yg agak berisi yang bikin. sampai sekarang bila gigi sensitif jer rasa menyesal buat kat klinik ni. dah la warranty sebulan je.

    ReplyDelete
  5. i think nowadays klinik pergigian rohaya not as good as before... Servis pun dah tak bagus. If buat appointment , maybe u kena tunggu 2-3 jam baru jumpa dr rohaya.. And its private clinic so supposely cepatla.. That day i pergi pun, i tgk ada yang merungut servis tak bagus... Dat day i tak buat appontment so i tunggu la...last time i suggest my fren to cm here and buat dgn dr rohaya tp skrg hmmmm...no la.dah byk klinik private better than dis.

    ReplyDelete
  6. Pakai braces di Klinik Rohaya Sentul..dah masuk tahun ke 5..gigi masih senget2...

    ReplyDelete
  7. Pergi klinik Dr Rohaya ni, bukan Dr Rohaya but Dr lain yg tengok kan masalah gigi belakang sy yg pecah. Dr tu baik jer. Dia advice cabut gigi tu (rm700) lepas tu buat rawatan akar(rm700). Hari tu tak cabut gigi, hanya tampal gigi lain yg berlubang. Next visit baru cabut. Tapi sy tak dtg sebab mahal sgt dan sy ada masalah kesihatan pada hari appointment. 2 kali klinik tu contact suruh dtg, tapi sy tak dtg. Sy pergi klinik gigi Damai Indah, cabut dan scaling total rm150. Confuse jap.

    ReplyDelete
  8. Casino Trotteries - Casino Trotteries
    Welcome to 포커 카드 the Casino Trotteries Casino Trotteries Online 커뮤니티모음 Page for 7 포커 Free Cash, 토토 라이브 스코어 VIP, and VIP w88 mobile Promotions.

    ReplyDelete