Tuesday, August 24, 2010

Rawatan Pergigian, Kota Damansara


Hari ni 15 Ramadhan. Rasa macam baru sekejap je berpuasa..tup2 dah setengah bulan. Teringat pulak waktu awal2 ramadhan kelmarin. Sakit gigi yang teruk sangat sampai kadang-kadang rasa macam sengal kat pipi.. Ingat nak tunggu sampai lepas raya baru pergi klinik gigi, tapi memandangkan sakit sangat sampai dah tak leh fokus buat kerja, terpaksa jugak la pergi klinik gigi. Mujur dekat-dekat rumah ada satu klinik gigi. Di Sekyen 6, Kota damansara, betul2 berhadapan dgn mcd n kfc. Nama klinik, Klinik Pergigian Rohaya. Ianya bukan la klinik bertaraf 5 bintang, tapi servis nyer alhamdulillah tip top.

Ni pertama kali ke klinik tu, jadi sampai2 tu kena lah register dulu. Rupanyer, klinik ni akan dahulukan orang yang ada appointment.. Tapi betul la kan, lets say patient ni buat appointment ngan doktor pukul 10pagi, tak kan la doktor nak layan walk-in patient dulu pulak time tu..so system dia tak sama macam pergi klinik biasa..which is first come, first serve..Sebabnyer, rawatan untuk seseorang tu mungkin sekejap atau mungkin jugak lama. Macam saya kedua2 rawatan kat klinik ni amik masa lebih kurang sejam setengah untuk satu sesi.

Doktor yang merawat saya ialah Doktor Rohaya..Pada saya, doktor yang baik ialah doktor yang selalu memberi penerangan dan nasihat kepada pesakit. Doktor Rohaya pun macam tu jugak..Rasenyer 2-3 kali jugak la dia amik sample gigi n explain..Ikutkan hati mula-mula nyer rasa macam nak cabut jer gigi ni. Tapi doktor rohaya nasihatkan untuk saya buat rawatan saluran akar kerana bila cabut gigi, banyak akan terjejas. Umpama nyer fungsi penghadaman untuk mengunyah dan satu lagi, bila gigi dicabut, selepas 5 tahun,gigi akan mula jarang. Jadi saya amik keputusan untk hanya membuat rawatan saluran akar walapun kos nyer mahal sikit (RM500)..Yang penting saya masih ade gigi..hehehe


Rawatan saluran akar akan ade 2 kali sesi rawatan. Alhamdulillah, untuk sesi rawatan pertama, lepas hilang ubat bius, memang takde rase sakit kecuali rase sengal2 yang boleh di tahan la..biasa la tu. Tapi doktor still kasi ubat tahan sakit in case sakit jugak..rawatan kedua tak guna bius n tak sakit lepas buat rawatan..cuma jenuh sikit nak kena nganga..tapi sbnrnyer doktor ade letak macam tool utk buat mulut ternganga..but still..hehehe..ye la, biasa mulut bukak kecik2 je.

Kat Klinik Rohaya ni ade macam2 jenis rawatan gigi..Yang paling biasa kita buat scalling dan charge nyer kat klinik ni cuma RM60..So sila lah ramai2 buat pembersihan gigi untuk mengelak kan mulut berbau..hehehe



Tuesday, August 17, 2010

welcome to my blog..

Well,friends..first of all, welcome to my mind voices..this blog contains of any little pieces of what i am thinking.. so, i hope i won't harm any feelings here..enjoy reading!